06 May 2017

CARA MENCEGAH PUTING DARI LUKA SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU





Auchhhh pernah tak ibu-ibu mengalami luka pada puting semasa menyusukan baby? Uiiii han dah kena masa mula-mula lahirkan si bijaksana.. menangis han di buatnya tau.. sampai satu tahap han menangis semasa susukan si bijaksana.. memang pengalaman ngeri..
.
.


Detik-detik indah antara ibu n baby adalah semasa menyusu.


.
Kalau puting luka memang tak akan ada kesan pada bayi kita tau tapi sebenarnya itu menunjukkan cara penyusuan kita tidak betul mungkin ada sesuatu yang tidak kena seperti susu tersumbat.. oleh sebab itu selepas kita menyusukan baby kita kena bersihkan puting..
.
.
.
.
Antara Punca-Punca Puting Luka Ketika Menyusukan :-

❤ Kedudukan penyusuan bayi - Ini adalah punca utama dimana bayi menghisap puting pada bahagian aerola dengan betul.


❤ Terdedah kepada lembapan terlalu lama - Sesetengah ibu mungkin terlupa untuk mengeringkan puting selepas penyusuan, memakai breast pad terlalu lama atau memakai lapisan breast pad yang plastik adalah punca dimana puting senang merekah. Oleh itu, sentiasalah mengeringkan puting selepas penyusuan.


❤ Dermatitis, eczema atau psoriasis - Jika anda pernah mengalami situasi seperti berikut mungkin adalah penyebab puting luka.
.
.
.
.
Cara-cara merawat Puting Luka??

Sebelum penyusuan
*****************

Jika breast pad melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk menanggalkannya. Gosok puting anda dengan ais sebelum penyusuan untuk memberikan rasa kebas kepada puting anda. Akhir sekali cuba pam/perah susu anda terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anda menyusu terlalu agresif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan "nipple shield" untuk mengelakkan puting anda berasa terlalu sakit ketika aktiviti penyusuan dilakukan.

Ketika penyusuan
***************

❤ Pastikan kedudukan bayi ketika menyusu adalah betul. Ini adalah penting untuk mengelakkan luka pada puting bertambah teruk.


Cara penyusuan.


❤ Cuba berikan dahulu bayi menyusu pada puting yang tidak luka.


❤ Ubah kedudukan penyusuan sekiranya terasa sakit. Ini sedikit sebanyak akan memberi tumpuan tekanan ke kawasan puting anda yang kurang sakit.

❤ Kerapkan penyusuan setiap 2jam untuk mengelakkan bayi anda rasa terlalu lapar dan menghisap puting terlalu kuat.

❤ Jangan tarik puting anda dari dalam mulut bayi sekiranya bayi tidak melepaskan sendiri puting tersebut. Untuk memberhentikan sedutan, letakkan jari anda ke dalam mulut bayi antara gusinya



Semasa di hospital.. Nurse memang ajarkan han dengan cara ini.



Selepas penyusuan
***************

❤ Lap puting anda selepas penyusuan dan biarkan sehingga kering. Jika anda dirumah, dedahkan puting anda kepada udara sekerap yang boleh.

❤ Untuk puting yang merekah tetapi tidak berdarah, anda bolehlah mencuba untuk menyapu sedikit susu tersebut pada puting secara berselang (air susu sebelah kiri disapu pada puting sebelah kanan dan sebaliknya) dan biarkan sehingga kering.

❤ Jika anda menggunakan breast pad, tukar breast pad tersebut sekiranya sudah terlalu lembap/basah. Elakkan menggunakan breast pad yang berlapik plastik.


❤ Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air yang bersih ketika mandi sudah memadai.

Sekiranya berminat.. boleh hubungi:

Han : 019 2571017

Ig : FAHASYA SHOP

Fb : RAIHAN MOHD

Shaklee Id : 1185462

#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing

No comments:

Post a Comment

SUPERIBU A.K.A SID SHAKLEE CHERAS TERBAIK ANDA.. © . Designed by MaisarahSidi.com