10 March 2017
RESEPI BUBUR LAMBUK TERENGGANU
Assalamulaikum.. terima kasih tak jemu-jemu baca blog han yer.. setiap orang mesti ada makanan kesukaan kan.. korang suka makan apa yer? Macam han suka makan bubur lambuk terengganu.. sedapnya ya ALLAH.. tak terkata.. tapi kecewa sebab bubur lambut KL lain.. nak makan bubur lambuk terengganu.. ok harini han nak bagi resepi bubur lambuk terengganu.. tapi 1 je dekat KL susah nak dapat pucuk midin.. kalau di terengganu.. seikat baru 2rgt.. banyak tau..
RESEPI BUBUR LAMBUK TERENGGANU
==================================
Bahan-bahan :
**************
1 1/2 cawan beras (Untuk 6 orang makan)
5 ekor ikan selayang @ ikan lolong @ ikan kembung( Isi ikan selayang paling manis)
Ikan bilis
3 cawan santan sederhana pekat ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air )
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pucuk midin
Daun kesum
Daun kaduk
1@2 biji keledek
1 keping Asam keping
2 sudu lada hitam ditumbuk
2 sudu kerisik/nyior gula (Kalau tak letak pun takpe, tapi kalau letak, lebih aromanya)
3 sudu budu asli Terengganu (bahan rahsia penambah perisa "Ganu" asli..hehe)
Garam secukupnya
Penyediaan bahan:
*******************
Masakkan beras dengan air yang banyak hingga menjadi bubur.
Hiris halia dan ketuk.
Sementara menunggu beras menjadi bubur, rebus ikan serta asingkan isi dan tulang ikan tersebut.(masukkan sedikit garam dan asam keping semasa merebus ikan)
Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan tapis. (ketepikan)
Kisar semua bawang-bawang itu tadi. (ketepikan)
Kupas keledek tadi dan potong dadu anggaran 1 inci.
Daun-daun tadi dikoyakkan dan diambil pada bahagian daun yang lembut dan pucuk sahaja
Tumbuk lada hitam jgn terlalu hancur
Langkah-langkah membuatnya:
*******************************
Setelah bubur masak, masukkan halia, keledek dan semua bahan yang telah dikisar tadi, air rebusan ikan dan isi ikan rebus yang telah ditumbuk ke dalam bubur.
Biarkan sebentar hingga mendidih.
Masukkan kerisik@ nyior gula dan kacau sehingga naik baunya.
Masukkan santan dan daun-daun yang telah dikoyakkan itu tadi.
Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk.Kacau sentiasa supaya tidak berkerak di bawah periuk.
Biarkan bubur mendidih dan tunggu keledek empuk.
Masukkan budu asli terengganu (terpulang. Ikut citarasa)
Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Sedia untuk di makan.
Senang kan.. cuma banyak step-step..hehe.. kalau han memamg mau 3 mangkuk habis makan tau.. opss tapi sila siapkan #PEPPERMINTGINGERPLUS yer.. maklumla.. banyak daun-daun yan berangin..
Www.wasap.my/60192571017
#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
No comments:
Post a Comment