Hah ni untuk ibu ibu yang bakal bersalin.. Mesti ibu ibu semua terpikir pikir apa menu y best bila dalam pantang nanti.. Walaupun dalam pantang.. Kita mesti ambil makanan yang seimbang tau.. Han bagi idea sikit yerr menu2 dalam pantang..
5 Resepi Mudah Untuk Ibu Berpantang
=======================
1. Ikan Panggang
Basuh bersih dan kelar ikan kembung/selar/merah/tenggiri..Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan (kalau anak jaundis, lumurkan garam dan lada hitam sahaja)Bakar atau panggang menggunakan pemanggang ajaib..Jika mahukan ikan bakar beraroma, balutkan ikan dengan daun pisang ketika proses memanggang...Siap dan boleh makan bersama nasi panas yang ditabur lada hitam tumbuk.
#2. Singgang Ikan
Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air..Didihkan. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun. Masukkan ikan tenggiri/ selar/kembung. Perasakan dengan garam..Angkat apabila ikan sudah masak
**untuk ibu berpantang tidak digalakkan makan ikan tongkol sebab takut gatal..Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.
**Kunyit, lengkuas dan bawang putih nak tumbuk atau hiris-hiris pun boleh.
#3. Sup Lobak Putih
Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu...Masukkan ikan bilis dan tumis seketika. Masukkan air dan didihkan sehingga layu...Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam
**Nak nampak cantik, boleh hiriskan lobak merah halus-halus
**Lobak putih bagus sangat untuk banyakkan susu badan. So menu ini memang menjadi kewajipan ketika berpantang
#4. Sup Ikan Merah
Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangiKemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan kentang.Agak-agak kentang dah empuk, masukkan ikan. Kemudian masukkan lada hitam dan sedikit garam.Taburkan daun sup bila hidangkan kepada mak berpantang
#5. Tenggiri Goreng Halia
Bersihkan ikan tenggiri dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.Goreng dengan sedikit minyakBaki minyak digunakan untuk menumis halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bauMasukkan sedikit air dan kemudiannya masukkan ikan yang sudah digoreng tadi
Tiba tiba rasa lapar pulak bila tulis resepi resepi ini.. jadi apa lagi.. jom masuk dapur.. selain dari berpantang.. resepi ini bagus untuk diet...
Bakal ibu jangan lupa dapatkan #sethamilshaklee dengan han yerr..
Han 019 2571017
#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#shakleeeffect
#liveamazing
No comments:
Post a Comment