Assalamulaikum.. hari ini han nak bercerita pasal pengalaman COD shaklee yang memang han tak akan lupakan..
Kisahnya macam ni.. kawan baik han dari terengganu di sahkan mengandung untuk baby ke 4 dia.. jadi kawan han ni nak kan set hamil shaklee.. kebetulan kawan han ni memang nak datang ke kuala lumpur sebab anak kepada kakak dia yang duduk di bukit jalil bernikah.. han memang gembira la.. pertama dapat berjumpa dengan dia.. yela.. kami duduk jauh.. jadi memang lama tak berjumpa.. ke 2 han dapat makan kenduri.. han memang pantang orang ajak kenduri ni.. insyaALLAH han tak akan tolak sbb han memang suka makanan kenduri.. ke 3 han gembira sebab han hantarkan vitamin yang terbaik untuk kawan han dan baby dalam perut.. alhamdulillah...
Han dah rancang konon-konon nak pakai jubah cantik-cantik siap dah gosok tudung bawal.. semangat nak pergi cod set hamil dan makan kenduri la katakan.. sebelum pakai cantik-cantik, semestinya kena siapkan c bijaksana dahulu.. yela.. c bijaksana dah makin lasak sekarang.. baru pakai pampers, dia dah lari(nasib abah belikan pampers pants.,kalau tape rasanya makin tunggang langgang ibu) boleh di katakan nak siapkan dia seorang ambil masa setengah jam jugak..
Nak di jadikan cerita.. tengah-tengah siapkan c bijakssana.. suami han turun dari bilik lepas mandi.. dengan cemas- cemas dia bagitau han yang kami ada masalah besar..😱😱😱 memang cuak n berdebor-debor han masa tu.. terus suami han bagitau yang cermin mata dia patah.. ALLAH.. tak dapat nak cakap apa.. nak tergelak pun ada.. hahaha memang masalah besar la sebabnya tanpa cermin mata macam mana suami han nak hidup( yang ni dia yang cakap sendiri tau) kikiki sempat gak la han gelakkan dia..kesian pun ada.. yela.. kos buat cermin mata mahal..
Nak tak nak kena tangguh dulu la untuk pergi kenduri.. pergi buat cermin mata dulu kat campbell.. alhamdulillah selepas sejam siap cermin mata suami han.. melayang jugak la rm300++ tapi nak buat macammana.. dah memang keperluan wajib kan.. lupa nak bagitau.. han tak jadi pakai jubah.. han pakai jeans je.. senang nak melangkah.. yela jalan TAR kan sentiasa ramai orang..
Akhirnya pukul 4petang baru sampai kat tempat kenduri.. majlis dah habis dah..😭😭😭 tapi alhamdulillah nak jadikan rezeki kami.. dapat menikmati makanan kenduri..siap makan dalam rumah lagi tau.. special rase.. 😍😍😍 akhirnya sampai juga #SETHAMIL dekat mak yong.. walaupun macam-macam dugaan..
Han 019,257,1017!!!..
#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#GOSHAKLEE22
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
No comments:
Post a Comment