Makanan yang boleh menggugat iman kita.
Rasanya kalau sebut sahaja han yakin menu-menu yang bakal han senaraikan di bawah mesti dah terbayang di mata korang kan.. oleh itu han nak kasi panas lagi han senaraikan dan siap ada gambar lagi tau.. antaranya ialah..
1. Murtabak
Rasa tak lengkap berbuka tanpa murtabak kerana ia sudah sinonim dengan bulan puasa. Terdapat pelbagai jenis murtabak anda boleh beli contohnya murtabak cheese, meggi, ayam dan daging.
2. Ayam percik
Ayam percik sentiasa mendapat perhatian ketika bulan puasa. Ada yang sanggup beratur lama demi ayam percik yang diidam-idamkan.
3. Roti John
Biasanya ramai orang suka beli roti john kerana ia mengenyangkan walaupun anda fikir ia hanyalah sekadar roti yang berintikan telur. Dapat makan panas-panas memang syok, siap dengan sos cili meleleh di bahagian tepi roti.
4. Air tebu & soya
Air wajib ada ketika bulan puasa pastinya air tebu dan soya. Sebelum puasa nampak biasa je namun air ini menjadi kegemaran orang ramai bila tibanya bulan puasa.
5. Kuih tepung pelita
Kuih yang hanya muncul ketika bulan puasa dan paling digemari oleh semua mestilah tepung pelita. Rasanya yang lemak manis itu boleh buat anda ‘ketagih’ jika makan.
6. Bubur lambuk
Bubur lambuk dan bulan Ramadan berpisah tiada. Bubur ini hanya muncul sekali setahun bukan sekadar bubur nasi biasa kerana baunya yang wangi, rasanya yang kaya dengan rempah-ratus membuatkan anda rasa rugi jika tidak makan sementara masih ada.
Anda juga boleh dapatkan bubur lambuk secara percuma di Masjid Kampung Baru jika ingin mencuba kerana bubur lambuk Kampung Baru adalah yang terbaik di sekitar Lembah Klang.
7. Popia basah
Popia basah lebih diminati berbanding popia goreng ketika bulan puasa. Mungkin disebabkan teksturnya lebih lembut dan mudah dimakan serta isinya lebih enak membuatkan ia popular di bazar Ramadan.
.
.
.
Ish meleleh kan air liur.. han yang buat entry ini pun dah tergugat iman.. tapi korang jangan lupa yer lepas berbuka korang telan minyak ikan tau.. untuk buang semua kolestrol yang ada.. dan sebelum tido telan HERBALAX kita kasi detox..
Omega guard
Jom detox secara semulajadi dengan herbalax
PM | Facebook : Raihan Mohd
LIKE | Page :
CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017
BLOG :fahasyashop.blogspot.my
EMAIL : fahasyashop@gmail.com
No comments:
Post a Comment