Ramadhan yang di rindui.
InsyaALLAH kalau tak ada apa aral kita akan berjumpa dengan bulan ramadhan hujung bulan ini.. han paling gembira bila tiba bulan ramadhan.. tetapi dalam masa yang sama han jadi sebak bila teringatkan arwah ayah n arwah mak han.. teringat-ingat kesedapan bubur lambuk arwah mak masak untuk berbuka.. terbayang bayang daging goreng kunyit yang tak ada tandingan hasil dari air tangan arwah mak pada wak sahur.. terasa kesejukan ABC express arwah ayah buat selepas balik dari terawih.. ALLAH.. sekejap sahaja masa berlalu.. al fatihah untuk mereka.. amin..
.
.
.
Sebenarnya han nak berikan tips untuk ibu menyusu pada bulan puasa.. han pun sekarang ni tengah menyusukan si bijaksana.. alhamdulillah dah 2kali puasa sambil menyusu.. setakat ini han tak pernah skip puasa..
.
.
.
Antara tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;
1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.
2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :)
3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.
Cara-cara simpan susu ibu.
4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.
Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”
5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.
6- Makan banyak kurma. Han akan ambil 5biji sahur,3biji berbuka.
7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..
8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.
Memori yang paling terindah diantara ibu dan bayi.
9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudia, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.
10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan.
11- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.
12- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.
.
.
.
Selain itu han boleh cadangkan ibu menyusu untuk ambil MEALSHAKE atau ESP pada waktu sahur.. supaya ibu bertenaga sepanjang hari..
.
.
.
Antara set yang han cadangakan ialah.. set menyusu shaklee..
Set ikut bajet korang tau.
Boleh juga ambil set ni..sedap.
Sekiranya berminat.. boleh hubungi:
Han : 019 2571017
Ig : FAHASYA SHOP
Fb : RAIHAN MOHD
Shaklee Id : 1185462
#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
Terbaiklah tips2 nih. InsyaAllah nak follow jugak tips cikhan nih.
ReplyDelete