ANTARA MENU YANG POPULAR DI BAZAR RAMADHAN

ANTARA MENU YANG POPULAR DI BAZAR RAMADHAN


Makanan yang boleh menggugat iman kita.



Rasanya kalau sebut sahaja han yakin menu-menu yang bakal han senaraikan di bawah mesti dah terbayang di mata korang kan.. oleh itu han nak kasi panas lagi han senaraikan dan siap ada gambar lagi tau.. antaranya ialah..

1. Murtabak



Rasa tak lengkap berbuka tanpa murtabak kerana ia sudah sinonim dengan bulan puasa. Terdapat pelbagai jenis murtabak anda boleh beli contohnya murtabak cheese, meggi, ayam dan daging.

2. Ayam percik





Ayam percik sentiasa mendapat perhatian ketika bulan puasa. Ada yang sanggup beratur lama demi ayam percik yang diidam-idamkan.

3. Roti John




Biasanya ramai orang suka beli roti john kerana ia mengenyangkan walaupun anda fikir ia hanyalah sekadar roti yang berintikan telur. Dapat makan panas-panas memang syok, siap dengan sos cili meleleh di bahagian tepi roti.

4. Air tebu & soya




Air wajib ada ketika bulan puasa pastinya air tebu dan soya. Sebelum puasa nampak biasa je namun air ini menjadi kegemaran orang ramai bila tibanya bulan puasa.

5. Kuih tepung pelita



Kuih yang hanya muncul ketika bulan puasa dan paling digemari oleh semua mestilah tepung pelita. Rasanya yang lemak manis itu boleh buat anda ‘ketagih’ jika makan.

6. Bubur lambuk




Bubur lambuk dan bulan Ramadan berpisah tiada. Bubur ini hanya muncul sekali setahun bukan sekadar bubur nasi biasa kerana baunya yang wangi, rasanya yang kaya dengan rempah-ratus membuatkan anda rasa rugi jika tidak makan sementara masih ada.

Anda juga boleh dapatkan bubur lambuk secara percuma di Masjid Kampung Baru jika ingin mencuba kerana bubur lambuk Kampung Baru adalah yang terbaik di sekitar Lembah Klang.

7. Popia basah



Popia basah lebih diminati berbanding popia goreng ketika bulan puasa. Mungkin disebabkan teksturnya lebih lembut dan mudah dimakan serta isinya lebih enak membuatkan ia popular di bazar Ramadan.
.
.
.
Ish meleleh kan air liur.. han yang buat entry ini pun dah tergugat iman.. tapi korang jangan lupa yer lepas berbuka korang telan minyak ikan tau.. untuk buang semua kolestrol yang ada.. dan sebelum tido telan HERBALAX kita kasi detox..


Omega guard




Jom detox secara semulajadi dengan herbalax


PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page :

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my

EMAIL : fahasyashop@gmail.com
MENU CEPAT DAN BERKHASIAT KETIKA SAHUR

MENU CEPAT DAN BERKHASIAT KETIKA SAHUR




Sahur berasal dari kata sahar, yang artinya akhir malam, atau waktu menjelang subuh. Lawan katanya ialah ashil,  akhir siang.Adapun secara istilah Sahur adalah segala sesuatu yang dikonsumsi pada waktu sahur, baik itu berupa makanan, susu, tepung (dan sebagainya).

Rasulullah Saw memerintahkan agar orang yang berpuasa tidak meninggalkan sahur

Banyak riwayat dari hadits nabawi yang menyebutkan bahwa Nabi Saw sangat menganjurkan umatnya untuk makan sahur ketika mengerjakan puasa, diantaranya adalah :

Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu.” (HR. Ibn Abi Syaibah, Abu Ya’la dan  al-Bazzar)

Dalam riwayat lain, beliau juga bersabda,“Makan sahurlah kalian karena dalam sahur ada barakah.” (HR. Bukhâri dan Muslim)

 Beliau juga bersabda, “Sahurlah kalian walaupun dengan seteguk air.” (HR. Abu Ya’la)
.
.
.
hukum makan sahur bagi orang yang akan berpuasa adalah sunnah bukan wajib.







1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang

peanut banana


Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.

2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

roti telur

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket 'Smoothie'

smoothie packet

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi. 


4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

telur

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. 



5. Roti bakar gandum + kubis daun + telur dadar + keju

cheddar

Kubis daun ialah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.


6. Oatmeal bakar

baked oat

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah



7. Paket oatmeal

packet oatmeal


Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. 

8. Fresh milk + ESP + kurma + oat + kismis



Blend kan semua bahan dan terus minum

9. Fresh milk + ESP + kurma + chia seed + badam + SHAKLEE COLLOGEN POWDER



Blend semua bahan dan terus minum



Boleh juga dapatkan set ramadhan shaklee untuk kecergasan sepanjang hari..





PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page : 

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my


EMAIL : fahasyashop@gmail.com
SELAMAT TINGGAL OBESITI

SELAMAT TINGGAL OBESITI



Obesiti atau masalah berat badan memang banyak berlaku di malaysia.. oleh itu kita sentiasa kena mengambil berat dengan kesihatan kita untuk menjalani hidup dengan cara ya sihat..


.
.
TANDA-TANDA OBESITI



APA PUNCANYA


.
.
.
APA KESAN OBESITI

.
.
.

CARA MENGATASI OBESITI




Jom kita sama-sama baca cara yang terbaik untuk turunkan berat badan..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 38: NADIA EZDANIE (FIRAS)

[BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 10KG SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE]
.

Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang.
.

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan  bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang.  Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.
.

Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen. Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax,ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!
.

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.
.

Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.



PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page :

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my

EMAIL : fahasyashop@gmail.com
GASTRIK? ADA CARA UNTUK ATASINYA

GASTRIK? ADA CARA UNTUK ATASINYA





Puasa bermaksud menahan lapar dan dahaga pada siang hari.. bermakna sepanjang hari perut kita akn kosong.. kalau sesiapa yang mengidap gastrik mesti azab menahan sakit kan.. harini han nak bercerita tentang ummi mai yang mengidap gastrik dari form 2 lagi berkongsi pengalaman macammana  ummi mengelakkan gastrik di bulan ramadhan..
.
.


Tanda-tanda gastrik.


.
Syukur sgt..kesihatan kakma sejak 5 thn ni byk sgt beza dgn dulu..

Sejak form 2 kakma di sahkan ada gastrik kronik..
Masalah bila mkn lambat sakit, makan pedas tk boleh,makan banyak pun sakit..

Masa ni mmg seksa sgt...teman kakma masa ni ubat gastrik air yg warna putih tu ada sokmo dlm peti sejuk..
1 lg ubat putih yg kunyah tu...n 1 lg ubat biji bulat2 kecik boscapan kot namanya...lupa dah nama apa coz dah 5 thn tk jumpa ubat tu..

Dulu masa sahur kakma akankn ubat2 tu utk elak sakit siangnya..
Lepas berbuka kakma mkn lg utk elak sakit mlm nya..coz perut terkejut bila berbuka mkn lebih sikit maklum lah seharian kosong..
Mcm tu lah kakma setiap bulan puasa...dan selalunya mesti ada je yg tk cukup dgn ubat tu kakma akan pergi melawat klinik coz tak tahan sangat sakit terpaksa lah cucuk ubat bontot...huhu sedih bila ingat balik...
Masa tu fikir sampai bila lah kakma nk bergantung ngan ubat..masa bujang ok lah jgk sakit perut blh tido selimu bagai merengkon mcm udang kena goreng...

Tp bila ada anak mmg tk blh mcm tu..nk menyusu semua nk urus anak2 terpaksa tahan sakit tu sambil buat tugas seoarang emak..

Syukur Allah temukan kakma dgn vitamin semulajadi..awal2 kakma just abik utk tenaga n bantu proses menyusu ..tapi bonusnya gastrik kakma terkawal..bila baca2 balik tgk pengalaman org lain mmg bgs utk gastri rupanya..

Sejak tu kakma cuba elak ubat..try dl tgk mcm mn..dah akhirnya sekarang kakma bebas ubat gastrik...

Sahur..kakma akan bancuh dulu ESP 2 sudu dgn 1 cawan air
Makan nasi 2-3 senduk
Lepas tu mkn peppermint ginger , b complek dan oste (sedih oste kakma dah habis)

Berbuka..kakma akan mkn kurma dan  minum ESP dulu ( esp ni best blander dgn buah apa2 jdkan jus) n peppermint gingee baru makan berat.

Syukur ya A llah dah berapa tahun kakma dapat puasa tanpa sakit gastrik..
Kawan2 yang pernah kena gastrik tahu lah macam man sakitnya kan...

Yg tk pernah kena bersyukur lah..
Kawan2 baik kakma jadi saksi mcm mn kakma sakit dulu masa belajar..diaorg lah tlg sapukan minyak panas..terima kasih
sahabat dunia akhirat kakma Siti Fatmawati Engku Noraini Engku Abdullah Azura Rahman Norasiah Mahmood Norasikin Mamat Cla Alyas Azmah Mohd Nor..
.


Amalan di bulan ramadhan.

.

Kredit : ummi maisarah md saupi.


 PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page :

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my

EMAIL : fahasyashop@gmail.com
CABARAN DI BULAN RAMADHAN

CABARAN DI BULAN RAMADHAN



Alhamdulillah.. Dapat bertemu bulan ramadhan tahun ini.



Assalamualaikum.. marhaban ya ramadhan semua.. alhamdulillah.. hari ini semua umat islam di seluruh dunia mula berpuasa.. hah macammana ibu-ibu semua.. mesti dah ada planning kan nak masak apa untuk berbuka..
.
.
.
Korang sahur apa tadi? Han pulak masak bihun goreng udang.. permintaan dari suami han.. jadi layankan jela..hehe lepas siap sahur dan solat subuh.. kami 3beranak sambung tido semula.. maklumla dah 2 hari tak tido dengan elok sebab si bijaksana demam.. harini alhamdulillah.. suhu dah normal semula.. bangun dari tido si bijaksana minta nak makan.. ish mencabar jugak la sebab biasa bagi dia makan sambil- sambil suap dalam mulut.. jadi bertabah jela bila tengok c bijaksana krup krap krup krap makan sweet potato depan muka ibu.. lepas itu suapkan bihun goreng udang pula..
.
.


Bihun goreng udang untuk sahur.

.
Selepas zohor kami pergi ke tesco untuk beli barang dapur dan pampers raisya.. ya rabbi ramai sangat-sangat orang sampaikan troli habis.. yang pastinya banyak promosi-promosi yang sedang berlangsung.. han pula sempat grab pampers drypers drypants twin pack percuma kids cutlery set.. tapi mamypoko pants extra dry skin takde promosi tapi han ambil untuk pampers malam si bijaksana.. dalam perjalanan untuk ke kereta selepas beli barang dapat pulak 2bekas bubur lambuk dari team maggi.. alhamdulillah rezeki ramadhan..
.
.

Yeyyyy dapat hadiah free.. Lega sebab si bijaksana dah hilangkan garfu.. Alhamdulillah dapat ganti..





Nah stok pampers si bijaksana.. Dypers untuk siang boleh tahan 2bulan sebab 2pek.. Mamy poko je untuk sebulan pakai waktu malam atau keluar jalan-jalan.





Sedap jugak bubur lambut dr team maggi.
.
Selepas itu kami singgah ke fresh market untuk beli udang,sotong n kubis.. al maklumla.. teringin nak makan mee goreng basah seafood.. wow.. nama macam glamor gitu tapi rasanya tak tahu macammana..
.
.


Alhamdulillah.. 1st time buat menjadi.

.
Alhamdulillah.. selesai sudah puasa hari ini.. penuh dengan cabaran dan dugaan al maklumlah han ni menyusukan si bijaksana..  jadi cabaran kuat sikit la.. alhamdulillah susu tak drop..
.
.
.
Untuk ibu-ibu menyusu ke ibu mengandung ke han boleh syorkan set lengkap untuk ramadhan agar kita kekal cergas dan sihat
.
.


Set yang laris bila tiba bulan ramadhan.

.
Sekiranya berminat.. boleh hubungi:

Han : 019 2571017

Ig : FAHASYA SHOP

Fb : RAIHAN MOHD

Shaklee Id : 1185462

#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
11 AMALAN SUNAT DI LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN

11 AMALAN SUNAT DI LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN





Salam ramadhan semua.. insyaALLAH esk kita semua akan mula berpuasa di bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan.. harini han nak kongsikan

_*11 amalan yang sunat di lakukan pada bulan ramadhan*_

1. Menyegerakan Berbuka Puasa

Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, karena didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rosulullah SAW bersabda :

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ – رواه الشيخان

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

2. Melaksanakan Makan Sahur

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِى السَّحُرِ بَرَكَةٌ – الشيخان –

“Makan sahurlah karena sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah)

Ayat Al-Qur’an diturunkan pertamakali pada bulan Ramadhan. Maka tak heran jika Rasulullah SAW sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain.


4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)


Pesanan dari han yerr.

5. Berdakwah

Jangan sia-siakan momen Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita punya kesempatan berdakwah karena pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan tiap orang siap menerima nasihat.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Al-Imran[3] : 104)

6. Shalat Tawawih (Qiyamul Ramadhan)

Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah shalat tarawih (qiyamul ramadhan). Dan yang paling penting diingat ialah shalat tarawain dapat dilakukan dirumah sekalipun.

7. I’tikaf

Inilah amaliyah ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribada kepada Allah swt. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

8. Lailatul Qadar

Ada bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh berkah. Malam itu nilainya sama dengan seribu bulan. Rasulullah saw. amat menjaga-jaga untuk bida meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Kenapa? Karena, “Barangsiapa yang shalat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu kata Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Bahkan, untuk mendapatkan malam penuh berkah itu, Rasulullah saw. mengajarkan kita sebuah doa, “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii.” Ya Allah, Engkaulah Pemilik Ampunan dan Engkaulah Maha Pemberi Ampun. Ampunilah aku.

9. Umrah

Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan. Karena, pahalanya berlipat-lipat. Rasulullah SAW. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Anshar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, karena nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

10. Bertaubat

Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu ampunan bagi seluruh hambanya. Karena itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita.

11. Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib dibayarkan sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki-perempuan, dewasa maupun anak-anak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.


PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page :

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my

EMAIL : fahasyashop@gmail.com
ANAK TIDAK SEMBELIT LAGI.. IBU PUN SENANG HATI

ANAK TIDAK SEMBELIT LAGI.. IBU PUN SENANG HATI




Han rasa semua ibu-ibu pernah hadapi masalah anak sembelit kan... han pernah pernah alami tapi alhamdulillah sembelit raisya tak teruk sangat.. selepas bagi makan betik alhamdulillah.. raisya akak berak dan ok.. kat bawah han kongsikan sedikit info pasal sembelit..

Tanda Anak Sembelit Teruk


🐞 Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan

🐞 Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar

🐞 Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari

🐞 Meragam

 🐞 Sakit pada abdomen

🐞 Gastrik

🐞 Abdomen yang keras

🐞 Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras

🐞 Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Tips Atasi Anak Sembelit Teruk


🐞 Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin

🐞 Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya

🐞 Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat

🐞 Beri sayur dan buah untuk bekalan serat

🐞Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya

🐞Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi atau bijirin


🐞 Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

🐞 Han syorkan *_MEALSHAKE_* untuk tambahkan dalam minuman atau susu anak korang..


Kelebihan MEALSHAKE 



Testimoni anak berumur 2tahun yang teruk sembelit.


Sekiranya berminat.. boleh hubungi:

Han : 019 2571017

Ig : FAHASYA SHOP

Fb : RAIHAN MOHD

Shaklee Id : 1185462

#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN




INSYAALLAH.. Lagi 3hari kita akan berjumpa dengan bulan ramadhan.. Mesti kita sebagai isteri/ibu jenuh memikir menu untuk berbuka puasa.. Hah jangan risau.. Han nak share menu ringkas untuk berbuka yer.. Tapi han cadangkan menu je tau.. Cara-caranya tanya pak cik google yer..hehe jangan marah deh..

.
.

30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN


1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup daging + air asam + ayam bakar

9-sambal tumis udang + sup petola + ikan goreng

10-ikan keli masak sambal hijau + ayam goreng + sawi tumis bawang putih

11-ayam masak sos tiram + sup sayur + Ayam goreng

12-daging masak halia + kacang panjang masak telur + ayam goreng kunyit

13-ketam masak sambal + bayam tumis + ikan goreng



14-Pajeri nenas + ikan goreng + kerabu taugeh

15-Sotong masak kicap pedas + peria goreng + daging goreng pedas

16-Ikan merah 3 rasa + kangkung goreng belacan + telur dadar

17-Ayam masak ungkep + ikan goreng berempah + sayur campur

18-ikan masak taucu + Dading bakar + air asam

19-Kari daging + ayam goreng + kerabu pucuk paku

20- Lala masak serai + ayam goreng berempah



21-Labu masak lemak pucuk manis + ikan goreng + sambal kerang

22-ketam masak telur masin + kubis masak lemak + ikan bilis goreng bercili.

23-Telur masak kurma + ayam gireng berempah + kacang panjang tumis udang

24-sotong masak paprik + telur dadar + sambal tempe dan kentang

25-Ikan kayu masak cuka + asparagus tumis belacan  + ayam goreng

26-Daging masak sambal + ikan goreng + aar timun dan nenas

27-kari sardin + kangkung tumis + daging goreng berlada

28-Gulai nangka + ayam goreng + kerabu kacang botol

29-Ayam masak bali + Ikan goreng + petola masak lemak putih

30-Ayam masak sos + ikan merah goreng berempah  + kacang panjang tumis bersama tempe

31-SELAMT HARI RAYA!!YEayyyy,....

Apa lagi.. Rendang,ketupat lemang dan macam-macam lagi la..hehehe..

PM | Facebook : Raihan Mohd

LIKE | Page : 

CALL/SMS/WHATSAPP | Phone : 019-2571017

BLOG :fahasyashop.blogspot.my


EMAIL : fahasyashop@gmail.com
TEKANAN DARAH MENURUN,TIADA LAGI KAKI CRAMP DI TENGAH MALAM

TEKANAN DARAH MENURUN,TIADA LAGI KAKI CRAMP DI TENGAH MALAM

Assalamualaikum.. bangun subuh tadi kami suami isteri di kejutkan berita mengenai pemergian opah tercinta.. alhamdulillah.. semua d permudahkan.. dan dah selesai semuanya..
.
.
.
Hari ini han nak cerita tentang mak cik yang berumur 60 tahun yang mengidap panyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutama pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin..
.
.
.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 28: PN. ZAHRAH BT HJ. ABD BASIT

[TEKANAN DARAH MENURUN, ALAHAN MAKANAN HILANG]
.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.
.

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.
.

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.


.

Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crysis semasa menggunakannya.
.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.
.

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.
.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah.
.
.
Sekiranya berminat.. boleh hubungi:

Han : 019 2571017

Ig : FAHASYA SHOP

Fb : RAIHAN MOHD

Shaklee Id : 1185462

#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
DENGAN SUMBER SEMULAJADI,ANAK SIHAT DAN AKTIF

DENGAN SUMBER SEMULAJADI,ANAK SIHAT DAN AKTIF




Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa hendakkan yang terbaik untuk anak kan.. hati ibu dan bapa mana yang tidak sedih melihat anak sakit dan asyik ulang alik ke hospital..
.
.
.
Harini han nk kongsikan cerita ibu kepada 6 orang anak yang memberikan anak-anaknya vitamin -vitamin yang terbaik,100% semulajadi untuk elakan anak dari kerap sakit..
.
M
.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 30: NAJIHAH ABDUL MUTALIB

[TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT]
.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.
.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.
.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.
.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.
.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".
.

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.
.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.
.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.
.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).
.

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.
.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.
.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.
.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.


#shakleestory

.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.


Sekiranya berminat.. boleh hubungi:

Han : 019 2571017

Ig : FAHASYA SHOP

Fb : RAIHAN MOHD

Shaklee Id : 1185462

#pengedarshakleecheras
#pengedarshakledamansara
#pengedarshakleeTTDI
#pengedarshakleeKL
#OMS
#SAFGROUP
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
SUPERIBU A.K.A SID SHAKLEE CHERAS TERBAIK ANDA.. © . Designed by MaisarahSidi.com